Halaman

Assalamualaikum...Ahlan Wa Sahlan

Ahad, 7 Disember 2014

Sejarah Solat....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi.

Hari ni ana nak kongsikan satu sejarah yang mana ana harapkan ianya mungkin dapat memberikan satu ilmu yang cukup bererti pada kita semua. Sumber asal dari sebuah blog tapi ana x berapa ingat blog mana satu, ana baca dan ada bertanyakan kpd beberapa rakan ustaz tentang kesahihannya. So, mungkin ianya bole beri sedikit ilmu dan manfaat pd kita semua insya Allah tentang sejarah bagaimana solat mula mula didirikan dan atas sebab apa solat dilakukan. Teruskan membaca....

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat
Semoga dengan memahami bacaan
Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.


Sabtu, 6 Disember 2014

Disember Mai Lagi....

Assalamualaikum....Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi.
Rasa dah terlalu lama sangat ana tinggalkan blog nih. Entah ke mana la pegi sebuk dok buat apa pun tak tau la. Mungkin sejak dari awal tahun lagi mula menggila sebuknya sampai kurang masa dan ruang utk menulis dlm blog ni.
Wokeh, no problem no hal, now i'm back, insya Allah akan memenuhi alam maya nih dengan pelbagai cerita entri dan yang paling sempoi akan ada beberapa lagi ilmu yang ana dapat sejak menyorok dlm kelambu hari tu untuk ana berkongsi dengan kalian yang tersinggah secara sengaja atau tak.
Tahun 2014 ni dah nak sampai hujung dah, bagi hat suka sangat dok kira hari ikut mat saleh. Dah pulak time la ni time ana tulis ni bulan Disember huh gerenti ramai yang dah sedia maklum mengenainya. Cuti sekolah yang panjang, sabtu ahad penuh dengan kenduri kahwin x cukup pulak lagi tokok dengan majlis tahlil doa selamat. Tempat tempat tertentu dah bergenang dengan ayaq, banjir hujan mai lebat sikit abih banjir, mula depa dok kata asal petang ja hujan lepaih tu sambung ke malam sambung sampai esok pagi pulak. Ada ramai daripada kita pulak dapat melancong merata dalam negara sampai luar negara, macam ana, bos ana minggu depan pi Korea, nak belajaq Kpop kot huhuhu....hah bos tak dak kuli paham paham je la. Hat bejalan melancong dalam negara ni pon punya la ramai termasuk la ana sekali, tak terkecuali. Baru je balik bercuti, x pi jauh pon, kat Putrajaya jer. Tu pon pasal dah ada anak sedara kawin dengan orang Bandar Sunway, ye ke ye la kot ana pon kompius dah coz anamain agak agak je. Dah ke situ terus le lajak pi bercuti dengan famili ke Putrajaya, isteri teringin nak naik ape tu bot kat tasik Putrajaya tu, Lake Cruise Putrajaya tu. Layan je la.
Okey, itu satu permulaan coz i'm back now, nanti akan ana ceritakan macam2 lagi segala ilmu hat dok ada dan yang ana dapat sepanjang tahun ni, moga kita dapat share sebagai amalan.Insya allah.

Selasa, 8 April 2014

ISTERI

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:

1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.

2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.

3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)

4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.

5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.

6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap.

- ISTERI ialah anugrah/hadiah/pemberian kpd seorang suami , andai ditakdir mendpt isteri seperti ini haruslah mendidik dn melentur nye dengan sebaik mungkin .. peranan sbgai seorang suami sngt berpengaruh .. bertegaslah dlm memikul tanggungjawab dn amanah dr Allah.
Wallahua'lam